

Assalamualaikum...
da lame rasenyer tak tulis kat blog ni..... Tiba2 je harini rase nak tulis sesuatu..
Sesuatu buat pertama kali berlaku dalam hidup aku...
Kini aku sudah memasuki sem 3....banyak perkara aku kena pelajari.....Sem ni aku kene belajar subajek tajwid dan yang ajar adalah dekan fakulti pendidikan Ust Fuad. Ust Fuad mempunyai satu hasrat untuk menyuruh kitorang menghabiskan seminggu satu juzuk Al quran. Jadi maghrib tadi aku cuba untuk menghabiskan bacaan juzuk ama.Pada awalnya niat aku baca kerana ust suruh jadi aku hanya baca sahaja dan tidak membaca makna isi Al quran tersebut..Tapi tengah khusyuk baca sampai surah al- fajr hati aku tiba2 rasa sayu...air mata terus menitik. Aku menangis sepuasnya- puasnya ibarat seseorang yang aku sayang meninggalkan dunia ini.....
Ini lah kali pertama aku merasai perkara ini....sampaikan aku dah habis baca juzuk ama, air mata ni tak boleh nak berhenti..terus menangis...Aku menangis teresak- esak sampai tak boleh nak teruskan bacaan..Aku pun tak faham apa yang jadi kat diri aku ni padahal aku tak faham sangat apa yang aku baca..Aku langsung tak tengok terjemahan tapi menangis ibarat faham isi ayat tu.
Aku terus mesej kawan aku dan ceritakan apa yang terjadi...
Dia balas:
wasalam, mungkin hati terkesan dengan ayat-ayat Allah.Kadangakala manusia sibuk dengan dunia hingga tak ada masa untuk zikrullah.Mungkin Allah nak buka pintu hati awak kepada-Nya.Bersyukurlah kepada-Nya sebab itu adalah satu cara Allah tegur hamba-Nya dengankelembutan .Tetapi beza dengan umat dahulu, Allah utuskan nabi untuk sampaikan risalah tapi akibat kedegilan yang teramat...Allah balas dengan azab yang pedih...
So kita ada peluang ni banyak2 lah berubah kearah kebaikan...
So aku rasa ada betulnya cakap kawan aku tu...Kita ni terlampau banyak sangat dosa..contohnya aku...Kalau tak de subjek tajwid ni myb aku tak kan bukak Al-quran....Jadi Allah nak tegur aku agar baca Al -quran sebab Al-quran tu akan jadi cahaya ketika keadaan gelap di dalam kubur...
So nasihat ni bukan untuk aku sorang je tapi sesape yang bace blog aku ni dan lebih 2 lagi sapa yang dah lama sangat tak baca mengaji cam aku ni...
sama-samalah kita berlumba ke arah kebaikan...renung2kan...
(^_^)...
